From Wikipedia, the free encyclopedia
Aleksandr Grigoryevich Lukashenko (Rusia: Александр Лукашенко ) atau Alyaksandr Ryhoravich Lukashenka (Belarus: Аляксандр Лукашэнка ) ialah ahli politik Belarus, yang telah berkhidmat sebagai presiden Belarus sejak penubuhan jawatan itu 30 tahun yang lalu, pada 20 Julai 1994.[6] Sebelum memulakan kerjaya siasahnya, Lukashenko bekerja sebagai pengarah ladang kolektif (kolkhoz), dan berkhidmat di Pasukan Sempadan Soviet dan Tentera Soviet. Beliau adalah satu-satunya timbalan parlimen Belarus yang memilih menentang pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
Alexander Lukashenko Аляксандр Лукашэнка Александр Лукашенко | |
---|---|
Presiden Belarus | |
Memegang jawatan 20 Julai 1994 Ditelagahkan dengan Sviatlana Tsikhanouskaya sejak 9 Ogos 2020[1][2][3] | |
Perdana Menteri |
|
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan Myechyslaw Hryb (Pengerusi Soviet Tertinggi) |
Pengerusi Majlis Tertinggi Negara bagi Negara Kesatuan | |
Memegang jawatan 26 Januari 2000 | |
Pengerusi Majlis Menteri-menteri |
|
Setiausaha Agung |
|
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Anggota Majlis Tertinggi Belarus | |
Dalam jawatan 1990–1994 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Aleksandr Grigoryevich Lukashenko 30 Ogos 1954 Kopys, RSS Belarusia, Kesatuan Soviet(kini Belarus) |
Parti politik | Bebas (1992–kini) |
Sekutu gabungan politik lain |
|
Pasangan | Galina Zhelnerovich (k. 1975) |
Anak-anak |
|
Gaji | USD31,000 tahunan[4] |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | president |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | |
Perkhidmatan/cawangan |
|
Tahun perkhidmatan |
|
Pangkat | Panglima Tertinggi (Podpolkovnik)[5] |
Beliau telah menyokong pemilikan negara bagi industri-industri utama di Belarus. Pemerintahan Lukashenko juga mengekalkan banyak simbolisme era Soviet di negara itu, terutamanya yang berkaitan dengan kemenangan dalam Perang Dunia Kedua.[7]
Lukashenko mengetuai rejim autoritarian di Belarus.[8][9] Pilihan rayanya tidak bebas dan adil, para penentang rejim ditindas, dan media juga tidak bebas.[10][11][12][13][14][15][16][17] Sejak tahun 2006, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat secara berkala telah mengenakan sekatan ke atas Lukashenko dan ke atas pegawai-pegawai Belarus lain atas pelanggaran hak asasi manusia dan mencabar kepentingan negara AS yang dirampas.[18][19]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.