![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Albert_Einstein_1947a.jpg/640px-Albert_Einstein_1947a.jpg&w=640&q=50)
Albert Einstein
fizikawan bidang fizik teori asal Jerman dan pembangun teori kenisbian / From Wikipedia, the free encyclopedia
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi.[1] Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik.
![]() |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Albert_Einstein_1947a.jpg/640px-Albert_Einstein_1947a.jpg)
Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.