From Wikipedia, the free encyclopedia
Alassane Dramane Ouattara ([alasan wataʁa, al.a.san wa.ta.ra] Arab: الحسن وطرة, rumi: al-Ħasan Waṭṭarah ; bahasa Mandinka: ߊߟߊߛߊ߲ߣ ߘߙߊ߬ߡߊ߲ߣ ߥߊߕߙߊ߫ - lahir 1 Januari 1942) ialah seorang ahli politik Ivory Coast, presiden parti Himpunan Republikan (RDR), dan Presiden Côte d'Ivoire mulai 11 April 2011. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut pada November 1990 hingga Disember 1993; mengikut perlembagaan negara yang sah ketika itu, beliau dilantik oleh mendiang Presiden Félix Houphouët-Boigny.[1][2][3][4]
Alassane Ouattara ߊߟߊߛߊ߲ߣ ߥߊߕߙߊ߫ | |
---|---|
Presiden Côte d'Ivoire ke-4 | |
Menyandang jawatan 11 April 2010 | |
Perdana Menteri | Guillaume Soro Jeannot Ahoussou-Kouadio Daniel Kablan Duncan Amadou Gon Coulibaly Hamed Bakayoko Patrick Achi |
Naib Presiden | Daniel Kablan Duncan |
Didahului oleh | Laurent Gbagbo |
Perdana Menteri Côte d'Ivoire | |
Dalam jawatan 7 November 1990 – 9 Disember 1993 | |
Presiden | Félix Houphouët-Boigny |
Didahului oleh | Félix Houphouët-Boigny |
Digantikan oleh | Daniel Kablan Duncan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Dimbokro, Afrika Barat Perancis (kini Ivory Coast) | 1 Januari 1942
Parti politik | Himpunan Republikan |
Pasangan | Dominique Ouattara (1990-kini) |
Tempat belajar | Universiti Drexel University of Pennsylvania |
| |
Beliau turut pernah melibatkan kepakarannya dalam seberapa institusi antarabangsa termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pusat Negara-Negara Afrika Barat (Perancis: Banque Centrale des États de l'Afrique de l'Ouest , BCEAO).
Alassan lahir pada 1 Januari 1942[1][2] di Dimbokro, Afrika Barat Perancis.[5] Beliau anak kepada Dramane Ouattara, seorang pengajar dan peniaga berjaya, dan Hadja Nabintou Cissé.[6][7] Beliau keturunan orang Manding[8] yang datang daripada Sékou Oumar Ouattara (1665-1745), raja pertama dinasti Ouattara dalam Empayar Kong yang merangkumi tidak sahaja negaranya malah juga Mali, Ghana dan Burkina Faso.[7][6]
Beliau melanjutkan pengajiannya berbiasiswa di Institut Teknologi Drexel Universiti Pennsylvania tahun 1967 di mana beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi. Beliau turut sempat mendapatkan ijazah kedoktoran dalam bidang sains ekonomi tahun 1972.
Beliau memasuki tenaga kerja Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, D.C. sebagai seorang pakar ekonomi setahun setelah menamatkan pengajiannya[2] dari 1968 hingga 1973. Beliau dinaikkan pangkat sebagai penasihat Ketua Pengarah Tabung ini. Selain ini, beliau turut menjawat ketua Chargé de Mission Bank Tengah Afrika Barat (Banque Centrale des Etats de l’Afrique de l’Ouest) beribu pejabat di Paris dari 1973 hingga 1975.[1][2] Beliau mengangkat sumpah sebagai Gabenor lembaga bank ini pada 22 Disember 1988.[9]
Beliau dilantik menjadi perdana menteri Côte d'Ivoire pada 7 November 1990 ketika masih dalam kedudukan IMF-nya,[2][9] namun jawatannya ada diambil alih oleh Charles Konan Banny.[9]
Beliau memenangi pilihan raya presiden Côte d'Ivoire 2010 melawan Laurent Gbagbo dalam dua pusingan. Kemenangan Ouattara diiktiraf oleh kebanyakan pihak berdaulat di luar Côte d'Ivoire, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gbagbo enggan menerima tuntuan ini sehingga mencetuskan sebuah krisis politik yang hebat dalam negara, yang berakhir dengan penahanan Gbagbo pada 11 April 2011.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.