![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/42/Stress_v_strain_pl.png/640px-Stress_v_strain_pl.png&w=640&q=50)
Alah (kejuruteraan)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Suatu titik alah ialah titik dalam lengkung tegasan-terikan yang menandakan had pengakhiran sifat keanjalan dan permulaan sifat keplastikan sesuatu bahan.[1] Suatu kekuatan alah atau tegasan alah ialah tegasan di mana sesuatu bahan mengalami alah.
Sebelum titik alah, sesuatu bahan memiliki sifat keanjalan, di mana bahan tersebut dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan manakala selepas titik alah, bahan tersebut tidak boleh lagi kembali ke bentuk asal apabila diregangkan dan oleh itu, memiliki sifat keplastikan.
Dalam sesetengah lengkung, apabila titik alah adalah tidak jelas, titik alah ofset pula digunakan, di mana titk alah dianggap berlaku selepas terikan plastik mencapai 0.1% atau 0.2% (lazimnya 0.2%) saiz bahan asal.[2]
- Dalam lengkung tegasan-terikan ini, titik alah ialah titik yang bersambung dengan nilai tegasan, σ yang kedua.
- Dalam lengkung ini pula, titik alah ofset pula digunakan, yang ditentukan oleh nilai 0.2% terikan plastik, seperti yang ditanda dengan garisan berputus (titik kedua dan kelima).