From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelab Bola Sepak Al Nassr (Arab: نادي النصر السعودي ; Naṣr bermaksud "kemenangan") ialah sebuah kelab bola sepak Arab Saudi yang berpangkalan di Riyadh. Kelab ini ditubuhkan pada tarikh 24 Oktober 1955. Al Nassr bermain di gelanggang sendiri yaitu Taman Mrsool. Warna rumah dari kelab mereka ialah perpaduan kuning dan biru.
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Al Nassr | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Al-Aalami (Kelab Antarabangsa) Faris Najd (pahlawan Nejd) | ||
Diasaskan | 24 Oktober 1955[1] | ||
Stadium | Taman Mrsool (Kapasiti: 25,000) | ||
Presiden | Musalli Al-Muammar | ||
Ketua jurulatih | Rudi Garcia | ||
Liga | Liga Pro | ||
2023–2024 | ke-2 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Al Nassr merupakan salah satu di antara kelab-kelab paling berjaya di Arab Saudi. Al Nassr merupakan salah satu dari empat kelab Liga Saudi (Al Hilal, Al Ahli, Al Ittihad, Al Nassr) yang 75% kepemilikannya dimiliki oleh Pelaburan Kerajaan Iakni PIF (Public Investment Fund). Al Nassr juga memiliki rekod anggaran 27 kejuaraan dalam semua pertandingan.[2]
Di peringkat domestik, kelab itu telah memenangi sembilan kejuaraan Liga Perdana, enam Piala Raja, tiga Piala Putera Mahkota, tiga Piala Persekutuan dua Piala Super Saudi, dan satu Piala Arab Club Champion Cup. Di peringkat antarabangsa, mereka telah memenangi dua Liga Juara-Juara GCC dan memperoleh sejarah, mencapai final AFC Champion League pada tahun 1995 dan pada tahun 1998 memenangi double asia kedua-dua kejohanan Piala Asia dan Piala Super Asia.
Al Nassr telah ditubuhkan pada tahun 1955 oleh Zeid Bin Mutlaq Al-Ja'ba Al-Dewish Al-Mutairi. Latihan berlangsung di taman permainan lama di Gashlat Al-Shortah di barat Taman Al-Fotah di mana terdapat padang bola sepak kecil dan bilik kecil untuk menyimpan bola dan baju. Selain saudara-saudara Al-Ja'ba, Ali dan Issa Al-Owais adalah antara yang pertama bekerja di kelab itu.
Kelab ini beroperasi sebagai kelab amatur sehingga 1960 apabila ia didaftarkan secara rasmi dengan Presidensi Umum Kebajikan Belia. Pada masa inilah Abdul Rahman bin Saud Al Saud menjadi ketua Al Nassr. Al Nassr bermula di bahagian kedua liga. Mereka dinaikkan pangkat ke bahagian pertama pada tahun 1963. Semasa 1970-an dan 1980-an, kelab itu memenangi empat gelaran Liga Perdana Arab Saudi, enam Piala Raja, tiga Piala Putera Mahkota dan tiga Piala Persekutuan. Kejayaan pasukan itu dibina di sekitar "Trio Emas Saudi" Majed Abdullah, Fahd Al-Herafy dan Mohaisn Al-Jam'aan.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.