![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/ba/Districts_of_damascus_english.svg/langms-640px-Districts_of_damascus_english.svg.png&w=640&q=50)
Al-Midan, Damsyik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejiranan al-Midan (Bahasa Arab: حي الميدان) adalah sebuah kejiranan dan perbandaran di ibu negara Damsyik, Syria.[1][2] Ia terletak di selatan kota bertembok lama dan sangat berhampiran dengan pusat bandar raya moden. Menurut bancian tahun 2004, kejiranan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 177,456 orang.[2] Jalan dan lorong di kejiranan tersebut dipenuhi dengan warisan dan sejarah kerana usianya; sepanjang sejarahnya penduduk di situ bertarung bersama-sama dengan saudara mereka dari kejiranan-kejiranan lain untuk melindungi Damsyik. Selain itu, ramai cendekiawan Damsyik dilahirkan di sini. Pada hari ini, kejiranan tersebut sering kali dianggap sebagai salah satu tempat paling konservatif di Damsyik.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/ba/Districts_of_damascus_english.svg/320px-Districts_of_damascus_english.svg.png)