Al-Arqam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Darul Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Australia, Mesir, Jordan, UAE, Uzbekistan, China dan lain-lain. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang mempercayai ianya sebuah badan dakwah yang unggul sebelum dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.[1] Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islamiah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, kebudayaan, multimedia dan pertanian.
Pengasasnya, Ustaz Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah disemadikan di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.[2]