Airbus A350
From Wikipedia, the free encyclopedia
Airbus A350 XWB ialah pesawat penumpang jet berbadan lebar berjulat jauh dikeluarkan oleh Airbus SAS.Pesawat ini memasuki perkhidmatan pada 15 Januari 2015 oleh Qatar Airways dengan membuat penerbangan dari Doha ke Frankfurt. Pesawat A350 ini akan menjadi Airbus pertama dengan kedua-dua fiuslaj dan struktur sayap sebahagian besarnya dibuat daripada plastik diperkuat gentian karbon.[10] Fiuslaj dan sayap A350 adalah mirip dengan A380 walaupun kedua-dua siri ini mempunyai enjin yang berbeza. Fiuslaj A350 adalah berdasarkan Airbus A340 dan A330 yang dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar dan dek penerbangan dari Airbus A380.
A350 XWB | |
---|---|
A350-900 F-WXWB semasa penerbangan sulung | |
Peranan | Pesawat penumpang jet berbadan lebar |
Pengeluar | Airbus |
Penerbangan pertama | 14 June 2013[1] |
Pengenalan | 15 January 2015 with Qatar Airways (-900),[2] mid-2016 (-800) to mid-2017 (-1000)[3] |
Status | Dalam perkhidmatan |
Syarikat penerbangan utama | Qatar Airways Singapore Airlines Vietnam Airlines Turkish Airlines |
Dikeluarkan | 2010–kini[4] |
Jumlah dibina | 250 as of 30 November 2017[5][6][7][8] |
Kos unit | A350-800: US$269.5 juta[9] A350-900: US$304.4J[9] A350-1000: US$351.9J[9] |
Pengeluaran A350 adalah untuk bersaing dengan Boeing 777 dan 787 yang dikeluarkan oleh Boeing.[10]
Pelanggan pelancaran A350 ialah Qatar Airways, yang memesan 80 pesawat daripada ketiga-tiga jenis. [11]