Adam Corrie
Pelakon lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Adam Corrie; (lahir 11 November 1968) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.
Adam Corrie | |
---|---|
Kelahiran | (1968-11-11) 11 November 1968 (umur 55) |
Nama lain | Frankie Lee, Corrie Lee, Adam Corrie Lee bin Abdullah |
Kerakyatan | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas |
Tahun aktif | 1984–kini |
Pasangan | Fazima Fuad (k. 2008)[1] |
Anak-anak | Adam Fateh Lee |
Anugerah | Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor 2017 (Saudara Kita) |
Laman web rasmi | www |
Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali.
Beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon sebanyak 31 buah filem. Antara filem-filem lakonan beliau termasuk Spinning Gasing (2001), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), GK3 The Movie (2005), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010) dan KL Gangster (2011–2013).[2] Sebagai seorang penari, beliau pernah menjadi penari di beberapa rancangan televisyen termasuk Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Beliau pernah menjadi kolumnis jemputan di akhbar Metro Ahad selama dua tahun dari 2016 hingga 2018 di ruangan HIdayah. Beliau juga ialah seorang pereka tari profesional (koreografer).
Pada tahun 2017, Beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah[3] - Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.