![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/72/Bundesarchiv_Bild_146-2005-0157%252C_Geheimer_Funkmeldedienst_des_OKW.jpg/640px-Bundesarchiv_Bild_146-2005-0157%252C_Geheimer_Funkmeldedienst_des_OKW.jpg&w=640&q=50)
Abwehr
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abwehr (disebut [ˈapveːɐ̯], "Pertahanan") adalah sebuah organisasi perisikan tentera Jerman yang wujud dari tahun 1920 hingga 1945.[1][2] Walaupun hakikatnya Persetiaan Versailles melarang pihak Jerman daripada mewujudkan sebuah organisasi perisikan mereka sendiri,[3] namun mereka membentuk satu kumpulan pengintipan pada tahun 1920 dalam kementerian pertahanan mereka, yang digelar Abwehr.[4] Tujuan awal Abwehr ialah mempertahankan negara daripada pengintipan asing - satu peranan organisasi yang kemudiannya berkembang dengan pesat.[5] Untuk tujuan ini, pihak Abwehr mengumpul maklumat dari dalam dan luar negeri, sebahagian besar dalam bentuk risikan manusia.[6] Dibawah Jeneral Kurt von Schleicher unit-unit risikan tentera individu telah digabungkan dan pada tahun 1929, diletakkan dibawah Kementerian Pertahanannya, membentuk asas penubuhan Abwehr. Setiap stesen Abwehr diseluruh Jerman telah ditempatkan di daerah-daerah tentera dan lebih banyak pejabat dibuka di negara-negara berkecuali dan di wilayah-wilayah taklukan sejajar dengan perluasan Reich yang lebih besar.[7] Apabila Adolf Hitler menggantikan Kementerian Perang dengan OKW dan menjadikan organisasi itu sebahagian daripada "staf kerja" peribadi Führer pada Jun 1938, Abwehr telah menjadi agensi perisikannya dan Laksamana Madya Wilhelm Canaris telah dilantik sebagai ketua organisasi itu.[8][9] Ibupejabat (HQ) Abwehr terletak di 76/78 Tirpitzufer, Berlin, bersebelahan dengan pejabat OKW.[10]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/72/Bundesarchiv_Bild_146-2005-0157%2C_Geheimer_Funkmeldedienst_des_OKW.jpg/640px-Bundesarchiv_Bild_146-2005-0157%2C_Geheimer_Funkmeldedienst_des_OKW.jpg)