Abdurrahman Wahid
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abdurrahman Wahid (/ˌɑːbdʊrɑːhmɑːn wɑːˈhiːd/ AHB-doo-RAHKH-mahn-_; lahir Abdurrahman ad-Dakhil; 7 September 1940–30 Disember 2009),[2] atau lebih dikenali sebagai Gus Dur[3] ialah Presiden Republik Indonesia yang keempat dan ketua Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang diasaskannya selepas kejatuhan pemerintahan Suharto pada 1998. Beliau menggantikan B. J. Habibie setelah dipilih oleh Parlimen Rakyat (MPR), hasil daripada pilihan raya umum 1999. Tempoh jawatannya sebagai Presiden Indonesia bermula pada 20 Oktober 1999. Gus Dur menyelenggarakan pemerintahannya dengan bantuan kabinet Persatuan Nasional. Akibat dari serangan penyakit angin ahmar dan tuduhan rasuah, beliau diminta meletak jawatan oleh Persidangan Khas MPR dan pimpinannya digantikan oleh Megawati Sukarnoputri pada 23 Julai 2001.[4][5]
Abdurrahman Wahid | |
---|---|
Presiden Indonesia ke-4 | |
Dalam jawatan 20 Oktober 1999 – 23 Julai 2001 | |
Naib Presiden | Megawati Sukarnoputri |
Didahului oleh | Baharuddin Jusuf Habibie |
Digantikan oleh | Megawati Sukarnoputri |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abdurrahman Ad-Dakhil (1940-09-07)7 September 1940 Jombang, Jawa Timur, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) |
Meninggal dunia | 30 Disember 2009(2009-12-30) (umur 69) Jakarta, Indonesia |
Tempat persemadian | Jombang, Jawa Timur, Indonesia |
Parti politik | Partai Kebangkitan Bangsa |
Pasangan | Sinta Nuriyah |
Anak-anak | 4 (semuanya perempuan, termasuk Yenny Wahid) |
Hubungan | Salahuddin Wahid (adik) |
Alma mater | Karachi Grammar School[1] Universiti Al-Azhar (Pengajian Islam 1967) Universiti Baghdad |
Profesion | Tokoh agama, Ahli politik |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | www |
Nama jolokannya yang terkenal, Gus Dur, berasal dari Gus, penghormatan yang biasa untuk seorang anak kiai, dari bentuk pendek perkataan bagus ('budak yang tampan' dalam bahasa Jawa); dan Dur, bentuk pendek namanya, Abdurrahman.