Abdi-Ashirta (kurun ke-14 sebelum masihi) merupakan pemerintah kerajaan Amurru, satu kerajaan baru di selatan yang kini Syria moden. Abdi-Ashirta memerintah Amurru, yang kini dikenali sebagai wilayah Syria. Amurru dan merupakan negeri lindungan Amenhotep III (memerintah.1391–1353 sebelum masihi.) dan bertelingkah dengan Raja Rib-Hadda dari Byblos. Anak dan pengganti Abdi-Ashirta adalah Aziru.

Thumb

Abdi-Ashirta membentuk perikatan bersama Hittites, bersama Suppiluliumas I menentang empayar Mitannis, negara pakatan Mesir. Abdi-Ashirta dan Amurru contoh unggul masalah politik Mesir yang akan timbul semasa pemerintahan Akhenaten (memerintah 1353–1335 sebelum masihi.) dan semasa Tempoh Ramessid (1307–1070 sebelum masihi).[1]

Rib-Hadda mengadu dengan keras pada Akhenatendalam surat Amarnamengenai cubaan Abdi-Ashirta bagi memperluaskan kerajaannya dengan menceroboh kerajaannya.[2] Kematian Abdi-Ashirta disebut dalam EA 101 oleh Rib-Hadda dalam suratnya pada Akhenaten.[3] Malangnya bagi Rib-Hadda, Abdi-Ashirta digantikan oleh anak lelakinyaAziru yang juga berkebolehan dan kemudiannya menawan, menyingkir dan kemungkinannya membunuh Rib-Hadda dalam proses tersebut. Aziru kemudian berpaling tadah pada pihak Hittite yang menyebabkan Mesir kehilangan kawalan pada sempadan utaranya jajahan Amurru yang dikawal oleh Aziru.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.