Aaron Ago Dagang
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato Sri Aaron Ago anak Dagang merupakan ahli politik Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara sejak Disember 2022. Beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Kanowit di Sarawak, mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari Gabungan Parti Sarawak[2] dalam komponen Perikatan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Dato Sri Aaron Ago Dagang | |
---|---|
Menteri Perpaduan | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Halimah Mohamed Sadique |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kanowit, Sarawak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 17 Mei 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Datuk Amar Leo Moggie (BN—PBDS) |
Timbalan Menteri Kesihatan II | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 Berkhidmat dengan Noor Azmi Ghazali (Timbalan I) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Khairy Jamaluddin |
Digantikan oleh | Lukanisman Awang Sauni |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 Berkhidmat dengan Noor Azmi Ghazali (Timbalan I) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Adham Baba |
Didahului oleh | Lee Boon Chye |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1958-12-12) 12 Disember 1958 (umur 65) Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (Kini Sarawak, Malaysia) |
Parti politik | PBDS (Sehingga-2004) SPDP (Sehingga-2008) PRS (2008-Kini) |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() GPS (2018-Kini) ![]() |
Pasangan | Datin Sri Ping Bungan |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM49,647.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM5 ke 8.5 juta[1] |
Sebelum dipilih ke Parlimen Malaysia, Aaron adalah setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Leo Moggie.[3] Dagang kemudian bertanding bagi kerusi Kanowit Pilihanraya Umum Malaysia 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding.[4] Selepas pilihan raya, pendaftaran parti Aaron, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) telah dibatalkan[5] dan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)[6] dan kemudiannya Parti Rakyat Sarawak (PRS).[7] Beliau mengekalkan kerusi Kanowit di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 dengan menang tanpa bertanding.[8]
Aaron menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 5 June 2010.[9]