AVG AntiVirus
From Wikipedia, the free encyclopedia
AVG AntiVirus (dahulu dikenali sebagai AVG, singkatan untuk Anti-Virus Guard, iaitu Pengawal Anti-Virus) ialah sebilangan perisian anti virus untuk pelantar-pelantar Microsoft Windows dan Linux. AVG dihasilkan oleh Grisoft, sebuah syarikat persendirian Republik Czech yang diasaskan oleh Jan Gritzbach pada tahun 1991. Pada awal bulan September 2005, sebahagian besar syarikat ini dibeli oleh Intel.[1][2]
AVG AntiVirus | |
---|---|
Pembangun | Grisoft, s.r.o. |
Pelancaran pertama | 1991 |
Versi terkini/stabil | 7.5.476 (21 Jun, 2007) |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows, GNU/Linux, FreeBSD |
Jenis | Perisian antivirus |
Genre | Anti-virus |
Lesen | Proprietari (percuma dan dagangan) |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | Laman web sejagat AVG |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Rangkaian ewido menjadi sebahagian kumpulan Grisoft pada 19 April 2006. Pada 6 November 2006, Microsoft mengumumkan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine bahawa keluaran-keluaran Keselamatan AVG boleh didapati secara langsung daripada Pusat Keselamatan Windows dalam Windows Vista. Sejak dari 7 Jun 2006, perisian AVG juga digunakan sebagai salah satu komponen tak wajib untuk Keselamatan Mel GFI yang dihasilkan oleh syarikat Perisian GFI.[3][4][5]