![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9b/ARA_General_Belgrano_underway.jpg/640px-ARA_General_Belgrano_underway.jpg&w=640&q=50)
ARA Jeneral Belgrano
From Wikipedia, the free encyclopedia
ARA General Belgrano merupakan kapal penjajap milik Tentera Laut Argentina yang karam semasa Perang Falkland mengakibatkan kematian 323 anak kapal. Kehilangan jiwa ekoran karamnya kapal Belgrano melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan kematian tentera Argentina di dalam konflik di kepulauan Falkland.
![]() ARA General Belgrano sedang belayar | |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Pembina: | New York Shipbuilding Corporation |
Dibaringkan: | 1935 |
Dilancarkan: | Mac 1938 |
Disucikan: | USS Phoenix (CL-46) |
Dinamakan semula: | General Belgrano |
Takdir: | karam pada tahun 1982 |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kelas Brooklyn |
Sesaran: | 9,575 tan (kosong), 12,242 (muatan penuh) |
Panjang: | 608.3 ka (185.4 m) |
Lunas: | 61.8 ka (18.8 m) |
Draft: | 19.5 ka (5.9 m) |
Halaju: | 32.5 knot (60 km/j) |
Anak kapal: | 1,138 pegawai dan anak kapal |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 2 helikopter (sebuah Aérospatiale Alouette III berada di atas semasa kapal ini tenggelam) |
Belgrano merupakan satu-satunya kapal yang pernah ditenggelamkan oleh sebuah kapal selam berkuasa nuklear dan kapal kedua yang berjaya ditenggelamkan oleh mana-mana jenis kapal selam selepas berakhirnya Perang Dunia II. Kapal selam Tentera Laut Diraja Britain telah melancarkan tiga buah torpedo Mk 8 mod 4.
ARA Jeneral Belgrano merupakan kapal kedua yang membawa nama Jeneral Belgrano. Nama ini dahulunya telah digunakan untuk sebuah kapal penjajap berperisai seberat 7,069-tan yang telah disiapkan pada tahun 1899.