A.N.T. Farm
From Wikipedia, the free encyclopedia
A.N.T. Farm (Kebun A.N.T.) ialah sebuah sitkom Amerika Syarikat yang ditayang perdana di Disney Channel pada 6 Mei 2011 sebagai pratonton istimewa dan disambung sebagai siri biasa pada 17 Jun 2011.[1] Episod permulaannya, "TransplANTed" disiarkan selepas kemucak siri The Suite Life on Deck.[2] Siri ini dicipta oleh Dan Signer, penulis terdahulu dan penolong penerbit eksekutif The Suite Life on Deck dan pencipta siri YTV Mr. Young. Pada pertengahan November 2010, Disney Channel memberi lampu hijau kepada siri ini,[3] dengan penghasilan bermula pada awal 2011.[4] Promosi pertama dikeluarkan semasa tayangan perdana Lemonade Mouth.
Fakta Segera A.N.T. Farm, Format ...
A.N.T. Farm | |
---|---|
![]() | |
Format | Sitkom |
Pencipta | Dan Signer |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | Toby Gad, Lindy Robbins, China Anne McClain, Lauryn McClain & Sierra McClain |
Lagu pembukaan | "Exceptional", dipersembah oleh China Anne McClain |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 26 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Pemasangan kamera | Pita video (Difilem); Multi-camera |
Tempoh siaran | 22 minit per episode |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney Channel |
Format gambar | 480i (SDTV) 720p (HDTV) |
Siaran asal | 6 Mei 2011 (2011-05-06) – kini |
Pautan luar | |
Tapak sesawang rasmi |
Tutup
Pada 30 November 2011, A.N.T. Farm secara rasmi diambil untuk musim kedua.[5]