6 Jun merupakan hari ke-157 (hari ke-158 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 208 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan Sweden .
Pendaratan di Normandy
Transit Zuhrah 2012
1513 - Perang Liga Cambrai : Askar upahan Swiss (Reisläufer ) menewaskan askar Perancis di Novara , Itali kini, memaksa mereka berundur dari Milan .
1654 - Karl X Gustav menjadi Raja Sweden selepas sepupunya Kristina turun takhta.
1683 - Muzium universiti pertama di dunia, Muzium Ashmole Universiti Oxford , dibuka.
1844 - Gerakan YMCA diasaskan di London .
1925 - Perbadanan Chrysler diasaskan oleh Walter Chrysler .
1933 - Teater pandu masuk pertama di dunia dibuka di Pennsauken, New Jersey , Amerika Syarikat.
1944 - Perang Dunia Kedua : Pertempuran Normandy bermula dengan 155,000 orang askar Pihak Berikat mendarat di pantai Normandy (gambar) dalam operasi ketenteraan amfibia terbesar dalam sejarah.
1971 - The Ed Sullivan Show , rancangan anekawara yang memperkenalkan Elvis Presley dan The Beatles kepada penonton Amerika Syarikat, ditamatkan selepas dua puluh tiga tahun.
1982 - Perang Lubnan bermula apabila angkatan tentera Israel menceroboh selatan Lubnan untuk membanteras anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin .
2008 - Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli .
2010 - Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet , antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
2011 - Perdana Menteri Republik Makedonia Nikola Gruevski terpilih untuk penggal ketiga.
2012 - Transit terakhir Zuhrah (gambar) abad ini terjadi.
2013 - Kewujudan program pengawasan elektronik Agensi Keselamatan Negara A.S. PRISM dibocorkan.