6 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 6. Bagi kegunaan lain, sila lihat 6 (nombor).

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Naik takhta Ru Zi Ying dari Dinasti Han di China dan permulaan zaman Jushe bagi Dinasti Han.
  • Calon-calon jawatan politik di China diwajibkan mengambil peperiksaan perkhidmatan awam.

Empayar Rom

  • Iudaea dan Moesia menjadi provinsi Rom; Syria dikawal oleh legion-legion X Fretensis, III Gallica, VI Ferrata, dan XII Fulminata.
  • Augustus menubuhkan perbendaharaan khas, aerarium militare, untuk membayar bonus kepada bekas perajurit-perajurit legion yang bersara.
  • Tiberius menjadikan Carnuntum sebagai pusat operasinya terhadap Maroboduus; XX Valeria Victrix, legion Rom, bertempur bersama dengan Tiberius terhadap Marcomanni.
  • Puak Pannonia, bersama dengan puak Dalmatia dan puak-puak Illyria yang lain, memberontak tetapi ditewaskan oleh Tiberius selepas kempen ketenteraan yang berlangsung selama tiga tahun.
  • Pembinaan kubu Rom memulakan kota Wiesbaden kini.
  • Quirinius mengadakan banci di Judea (menurut Josephus) dan mengakibatkan pemberontakan di provinsi tersebut. Pemberontakan itu yang diketuai oleh Judas si Anak Galilee, dan disokong oleh Farisi Sadoq, ditindas dengan pemberontak-pemberontak disalib, tetapi ia melahirkan gerakan Zealot yang ahli-ahlinya menganggap diri sebagai dikuasai hanya oleh Tuhan.
  • Akibat kekurangan makanan di Rom, Augustus menambah sekali ganda catuan jagung yang dibahagikan kepada penduduknya.
  • Akibat kebakaran yang membawa bencana di Rom, sistem berek dicipta untuk memudahkan gerak balas yang lebih cepat semasa kecemasan.

Kelahiran

  • Jesus (biasa dianggap sebagai tahun lahir terakhir yang mungkin, berdasarkan banci Quirinius pada tahun itu)
  • Nero Caesar, anak lelaki Germanicus dan Agrippina si Lebih Tua (maut 30)
  • Milonia Caesonia, maharani Rom (maut 41)

Kematian

  • Cleopatra Selene (II), raja Mesir kepada Cyrenaica dan Libya (lahir 40 SM)
  • Orodes III dari Parthia, maharaja Parthia buat tempoh yang singkat

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.