1307 - Ahli pemanah legenda di Switzerland, Wilhelm Tell dikatakan berjaya menembak sebiji epal di atas kepala anaknya menggunakan busur silang dengan satu percubaan.
1421 - Benteng daik Zuiderzee pecah, menyebabkan 72 perkampungan dibanjiri air dan lebih kurang 10,000 orang terkorban di Belanda.
1820 - Kapten Nathaniel Palmer menjadi warga Amerika pertama yang menemui benua Antartika.
1865 - Cereka The Celebrated Jumping Frog of Calaveras County karya Mark Twain disiarkan dalam akhbar New York Saturday Press.
1883 - Perkhidmatan kereta api Amerika Syarikat dan Kanada menetapkan lima zon waktu piawai di seluruh benua, agar menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari ribuan waktu tempatan.
1928 - Filem animasi pendek Steamboat Willie dikeluarkan, selaku kartun berbunyi segerak pasca penerbitan sepenuhnya yang pertama, arahan Walt Disney dan Ub Iwerks, dibintangi watak Mickey Mouse dan Minnie Mouse buat kali ketiga sahaja. Hari ini dianggap sebagai "hari jadi" Mickey oleh syarikat Disney.
1930 - Sōka Kyōiku Gakkai, sebuah persatuan agama Buddha yang kini dikenali sebagai Soka Gakkai, diasaskan oleh dua orang guru Jepun bernama Tsunesaburo Makiguchi dan Josei Toda.
1963 - Telefon tekan punat pertama diperkenalkan, kepada pelanggan AT&T di A.S.
1978 - Peristiwa Jonestown: Di negara Guyana, Jim Jones memimpin kultus Peoples Temple dalam upacara saling berbunuhan yang meragut 918 nyawa kesemuanya, 909 di perkampungan Jonestown sahaja, termasuk 270 kanak-kanak. Leo J. Ryan dibunuh oleh ahli-ahli Peoples Temple sebelum ini.