1943 - Ahli kimia Switzerland Dr. Albert Hofmann menemui kesan psikedelik dadah semisintetik LSD.
1947 - Bencana Bandaraya Texas: Beribu-ribu tan ammonium nitrat di pelabuhan Bandaraya Texas meletup, membunuh 581 orang.
1947 - Pembiaya dan penasihat presiden A.S. Bernard Baruch memerikan ketegangan pasca–Perang Dunia Kedua antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat sebagai "perang dingin".
1984 - Majlis Pengisytiharan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Pulau Labuan, Sabah. Pengisytiharan tersebut menjadikan Labuan sebagai Wilayah kedua bagi Malaysia diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Mahathir Mohamad yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan Harris Salleh yang mewakili kerajaan Sabah telah menandatangani watikah pengisytiharan tersebut. Dalam amanat di majlis pengisytiharan tersebut, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah yang telah bersetuju menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.