13 Reasons Why
From Wikipedia, the free encyclopedia
13 Reasons Why (makna harfiah: "13 Sebab Mengapa"; digayakan pada skrin sebagai TH1RTEEN R3ASONS WHY) adalah sebuah siri televisyen web drama remaja misteri Amerika Syarikat yang berdasarkan pada novel 2007, Thirteen Reasons Why oleh Jay Asher dan diadaptasikan oleh Brian Yorkey untuk Netflix.[3] Siri ini berkisarkan tentang kehidupan seorang pelajar sekolah tinggi, Clay Jensen dan rakannya Hannah Baker, yang telah membunuh diri selepas melalui siri keadaan yang tidak menyenangkan oleh beberapa individu di sekolahnya. Satu kotak yang dipenuhi dengan pita kaset yang dirakamkan oleh Hannah sebelum membunuh diri menceritakan 13 sebab mengapa dia menamatkan hayatnya.
13 Reasons Why | |
---|---|
![]() | |
Berdasarkan daripada | Thirteen Reasons Why oleh Jay Asher |
Format |
|
Dibangunkan oleh | Brian Yorkey |
Dibintangi oleh | |
Pelakon suara | Katherine Langford |
Lagu pembukaan | "Oh in This World of Dread, Carry On" oleh Eskmo |
Penggubah | Eskmo |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 26 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Joseph Incaprera |
Penyunting | Leo Trombetta |
Pemasangan kamera | Ekakamera |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Netflix |
Penyiaran | |
Saluran asal | Netflix |
Format gambar | 4K (Ultra HD)[1][2] |
Siaran asal | 49–70 minit |
Laman sesawang |
Yorkey dan Diana Son menjadi pengendali rancangan untuk siri tersebut.[4][5] Siri ini dihasilkan oleh July Moon Productions, Kicked to the Curb Productions, Anonymous Content dan Paramount Television. Pada asalnya sebagai satu set filem yang akan dilancarkan oleh Universal Pictures dengan Selena Gomez akan memainkan watak Hannah Baker, adaptasi itu kemudiannya beralih kepada atu siri televisyen oleh Netflix pada lewat tahun 2015. Musim pertama dan episod khas 13 Reasons Why: Beyond the Reasons ("13 Sebab Mengapa: Di Sebalik Sebab") telah dilancarkan di seluruh dunia di Netflix pada 31 Mac 2017.