![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6f/%25C5%259Eehzade_Bayezid.jpg/640px-%25C5%259Eehzade_Bayezid.jpg&w=640&q=50)
Şehzade Bayezid
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Nama Turki Uthmaniyah
Şehzade Bayezid | |
---|---|
![]() Sebuah lukisan Uthmaniyah menunjukkan Suleiman al-Qanuni bersama anak lelaki beliau, Şehzade Bayezid | |
Keputeraan | 1525 Constantinople, Empayar Uthmaniyah |
Kemangkatan | 25 September 1561(1561-09-25) (umur 35–36) Qazvin, Empayar Safawiyyah |
Pemakaman | Türbe Melik-i Acem, Sivas |
Anakanda | Şehzade Orhan Şehzade Osman Şehzade Abdullah Şehzade Mahmud Şehzade Muradhan Mihrimah Sultan Hatice Sultan Ayşe Sultan Hanzade Sultan |
Dinasti | Uthmaniyah |
Ayahanda | Sulaiman al-Qanuni |
Bonda | Hürrem Sultan |
Agama | Islam |
Şehzade Bayezid (1525 – 25 September 1561) adalah seorang putera Uthmaniyah iaitu anak lelaki kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni dan permaisuri beliau, Hürrem Sultan.[1] Beliau gagal dalam pemberontakan untuk mendapatkan takhta empayar Uthmaniyah. Selepas kematian tiga orang putera Sultan Suleiman, hanya Bayezid dan Selim yang masih hidup. Menjelang tahun 1550-an, apabila Suleiman berada dalam umur 60-an, satu persaingan beerlarutan dalam perebutan takhta antara Bayezid dan Selim semakin ketara. Keingkaran yang dilakukan oleh Bayezid pada tahun-tahun yang sama, Bayezid mula tidak disukai oleh Sulaiman berbanding abang beliau, Selim (yang akhirnya menaiki takhta sebagai Selim II). Selepas memulakan satu pemberontakkan, yang mana ditumpaskan pada tahun 1559 oleh Selim (yang kemudian dibantu oleh Suleiman dan Sokollu Mehmet Pasha) beliau melarikan diri ke empayar Safawiyyah yang berjiran, di mana beliau diterima dengan hati terbuka oleh Tahmasp I. Bagaimanapun, pada tahun 1561, selepas desakan berterusan oleh Suleiman sepanjang tempoh beliau dalam buangan, dan selepas menerima beberapa bayaran lumayan, Tahmasp membenarkan Bayezid dihukum mati oleh algojo Uthmaniyah.