Loading AI tools
suku bangsa di Malaysia Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Suku Melayu Kedah adalah antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[butuh rujukan] . Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.
Daerah dengan populasi signifikan | |
---|---|
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Bahagian Utara Perak, Selatan Thailand & Selatan Myanmar | |
Bahasa | |
Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Burma | |
Agama | |
Sunni Islam | |
Kelompok etnik terkait | |
Suku Melayu |
Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[butuh rujukan] .
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.
Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.
Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.
Bahasa Melayu Kedah بهاس ملايو ﻗﺪﺡ Bahasa Utara | |||||
---|---|---|---|---|---|
Dituturkan di | Malaysia, Thailand, Myanmar Indonesia | ||||
Wilayah | Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara (Malaysia), Satun, Phuket. Hat Yai, Songkhla, Phattalung (Thailand), Tanintharyi (Myanmar), Langkat, Sumatera (Indonesia) | ||||
Penutur | 3.800.000 | ||||
| |||||
Kode bahasa | |||||
ISO 639-3 | meo | ||||
Portal Bahasa | |||||
Pemberitahuan | |
---|---|
Templat ini mendeteksi bahwa artikel bahasa ini masih belum dinilai kualitasnya oleh ProyekWiki Bahasa dan ProyekWiki terkait dengan subjek. | |
Terjadi [[false positive]]? Silakan laporkan kesalahan ini. | |
17.39, Minggu, 3 November, 2024 (UTC) • Sebanyak 1.553 artikel belum dinilai |
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.
Bahasa Melayu Kedah | Bahasa Melayu Standar |
---|---|
Hang | Kamu |
Cek | Saya |
Depa | Mereka |
Hangpa | Kalian |
Pasepa | Kenapa |
Pi | Pergi |
Mai | Datang, Mari |
Awat, Pasepa | Mengapa |
La | Sekarang |
Sat | Sebentar, Sekejap |
Mengkala | Bila, Apabila |
Ketegaq | Degil |
Jom | Ayuh, Mari |
Kot | Mungkin, Barangkali |
GeRek | Basikal |
Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.