Tengku Zafrul Abdul Aziz
Menteri Kewangan Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Jawi: تڠکو ظفرول بن تڠکو عبد العزيزcode: ms is deprecated ; lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli politik, ahli Dewan Negara, Pelabur dan Tokoh Korporat Malaysia berketurunan Diraja Deli, Melayu Sumatera yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia[2][3]. Di peringkat parti beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Bendahari UMNO Selangor.
Tengku Zafrul Aziz | |
---|---|
تڠکو ظفرول عزيزcode: ms is deprecated | |
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Liew Chin Tong |
Didahului oleh | Azmin Ali |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 2 Disember 2025 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 5 November 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin Ismail Sabri Yaakob |
Bendahari BN & UMNO Selangor | |
Memegang jawatan 31 Julai 2022 | |
Pengerusi BN & UMNO Selangor | Megat Zulkarnain Omardin |
Didahului oleh | Jamal Yunos |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Mohd Shahar Abdullah Timbalan I Yamani Hafez Musa Timbalan II |
Digantikan oleh | Anwar Ibrahim |
Kawasan pilihan raya | Senator |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Abd Rahim Bakri Timbalan I Mohd Shahar Abdullah Timbalan II |
Didahului oleh | Lim Guan Eng |
Kawasan pilihan raya | Senator |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (1973-06-25) 25 Jun 1973 (umur 50) Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Yang Mulia Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina binti Raja Arshad (k. 2011) |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Yang Mulia Raja Datuk Zaharaton binti Raja Zainal Abidin |
Bapa | Yang Mulia Tengku Abdul Aziz bin Tengku Haris |
Saudara | Mustafa Albakri Hassan (Moyang) Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bapa saudara) Zahim Albakri (Bapa saudara) |
Alma mater | Universiti Bristol Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan Universiti Exeter Sarjana Seni dalam Kewangan dan Pengurusan Universiti Tsinghua Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kali kedua) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Jurubank |
Gaji | RM62,077.20 sebulan[1] |
Nilai bersih | Lebih RM20 juta[1] |
Beliau dilantik sebagai Pengurus Bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah Bank Universal ASEAN terkemuka, serta Pemimpin Dunia dalam Kewangan Islam. Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad[4] dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga Tbk.
Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di Asia Pasifik.[5] Selanjutnya, sebagai pendukung pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau kini mempunyai tempat di Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia,[6] sebagai tambahan kepada Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara[7] di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.