Wings (kumpulan muzik Malaysia)
Kumpulan Rock Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kumpulan muzik ini diketuai oleh dua orang Awie dan Eddie. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh enam anggota asal yang terdiri dari Eddie (Gitar Bes), Syam (Gitar Utama), Awie (Penyanyi), Zul (Keyboard), Awong (Gitar Kedua) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja setelah beberapa anggota bersilih ganti. Awie, Joe Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini termasuk juga menikmati segala kegemilangan yang belum ada lagi kumpulan seperti Wings.
Wings | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | hard rock, blues rock, rock kapak, Rock and roll, Heavy metal, glam metal |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1985–kini |
Syarikat rakaman | ASP (1987–1988) BMG (1988–2002) KRU Music (2014) |
Pengkarya berkait | Awie, M. Nasir, Loloq, Search, J.S. Kevin, Bob Lokman, S. Amin Shahab |
Laman sesawang | http://www.instagram.com/opera.wings |
Ahli | (Awie) Vokal Eddiemasterpiece wings(Ketua kumpulan) - Bass Black - Dram Edrie Hashim - Gitar Syam - Gitar |
Bekas ahli | Mel - Vokal Mus - Vokal Joe - Gitar Utama Jojet - Dram Tham Wing Kwan - Gitar Utama[1] |
Pada bulan 31 Oktober 2015, sempena ulang tahun penubuhan kumpulan Wings ke-30, Wings telah mengadakan konsert bersejarah berskala besar yang bertemakan 'Konsert Wings 30 tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu orang penonton.
Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album khas, kompilasi, konsert dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ke tahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).
Kini anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi suka duka bersama Wings. Ini menjadikan Eddie sebagai pengasas dan satu-satunya anggota paling lama bertahan di dalam Wings kerana sebelum ini Awie, Syam dan Black pernah keluar dari kumpulan tersebut satu ketika dahulu. Awie meninggalkan Wings setelah album "Bazooka Penaka" (1993), Syam selepas album pertama "Belenggu Irama" (1987) dan Black selepas album "Teori Domino" (1990).
Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016, Wings menggunakan nama Wings & Superfriends seketika.[2] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota Kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang di beri gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menjadikan 5 orang anggota kumpulan Wings. Nama Wings & Superfriends tidak digunakan lagi. Kini Wings dianggotai oleh Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Edrie (Gitar Utama), Eddie (Gitar Bass) dan Black (Dram).