Wilayah Teluk Jervis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilayah Teluk Jervis atau nama sebenar Jervis Bay Territory (/ˈdʒɑːrvᵻs/ atau /ˈdʒɜːrvəs/)[5][6] (disingkatkan sebagai JBT) ialah wilayah Komanwel Australia. Ia telah diserahkan oleh negeri New South Wales kepada Kerajaan Komanwel pada tahun 1915[7][8] supaya ibu negara di Canberra akan mempunyai akses ke laut.[9]
Jervis Bay Territory Wilayah Teluk Jervis | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 35°8′55″S 150°42′49″E | ||||||||
Penduduk | 377 (2011)[1] | ||||||||
• Kepadatan | 5.6/km2 (15/sq mi) | ||||||||
Ditubuhkan | 1915 | ||||||||
Poskod | 2540 | ||||||||
Kawasan | 67.8 km2 (26.2 sq mi)[2] | ||||||||
Zon masa | AEST (UTC+10) | ||||||||
• Musim panas (DST) | AEDT (UTC+11) | ||||||||
Lokasi | |||||||||
Kawasan pilihan raya persekutuan | Fenner[3] | ||||||||
|
Ia ditadbir oleh Jabatan Dalam Negeri (dan kemudian oleh Jabatan Wilayah Ibu Negara) seolah-olah ia adalah sebahagian daripada Wilayah Ibu Negara Australia (ACT), walaupun ia sentiasa menjadi wilayah Komanwel yang berasingan. Persepsi bahawa ia merupakan sebahagian daripada ACT berpunca daripada hakikat bahawa di bawah syarat-syarat Akta Penerimaan Wilayah Teluk Jervis, undang-undang ACT terpakai bagi Wilayah Teluk Jervis.[10] Pada tahun 1989, apabila ACT telah mencapai kerajaan sendiri, Jabatan Seni, Sukan, Alam Sekitar, Pelancongan dan Wilayah mengambil alih tanggungjawab terhadap pentadbiran JBT, dan sejak itu telah ditadbir oleh pelbagai Jabatan Komanwel bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah.