Vin Diesel
Pelakon, penerbit, pengarah dan Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mark Sinclair[1][2] (lahir pada 18 Julai 1967), lebih dikenali dengan nama pentas beliau Vin Diesel, ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, dan penulis skrip kelahiran Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan lakonan beliau sebagai Dominic Toretto dalam siri filem The Fast and the Furious dan Richard B. Riddick dalam siri The Chronicles of Riddick. Beliau juga merupakan penerbit pada kesinambungan dalam kedua-dua francais.
Vin Diesel | |
---|---|
Kelahiran | Mark Sinclair (1967-07-18) 18 Julai 1967 (umur 56) Alameda County, California, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pengarah, penulis skrip |
Tahun aktif | 1990–kini |
Rakan kongsi domestik | Paloma Jimenez (2007–kini) |
Anak-anak | 3 |
Laman web rasmi | www |
Tandatangan | |
Diesel juga telah membintangi filem-filem seperti xXx (2002) dan Find Me Guilty (2006). Hasil lakonan suaranya termasuk The Iron Giant (1999), permainan video spin-off daripada francais The Chronicles of Riddick, dan Guardians of the Galaxy (2014). Beliau menulis, mengarahkan, menerbitkan, dan membintangi sebuah filem pendek bertajuk Multi-Facial dan filem drama Strays. Beliau ialah pengasas syarikat produksi One Race Films, Racetrack Records, dan Tigon Studios.