Umar bin Al-Khattab
Khulafa al-Rasyidin kedua dan sahabat Muhammad / From Wikipedia, the free encyclopedia
Saidina Umar bin al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin. Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Al-Khattab bin Nufayl bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
Umar | |
---|---|
Khat nama Umar seperti yang menghiasi Aya Sophia. | |
Ketua Orang-orang beriman (Amir al-Mu'minin) | |
Nama penuh | 'Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abdul Uzza |
Penaklukan | 23 Ogos 634 Masihi – 6 November 644 Masihi |
Lahir | 582 Masihi (45 sebelum hijrah) |
Tempat lahir | Makkah, Semenanjung Arab |
Meninggal dunia | 6 November 644 Masihi (26 Zulhijjah 23 Hijrah)[1] |
Tempat meninggal dunia | Madinah, Semenanjung Arab |
Lokasi pengebumian | Masjid Nabawi, Madinah |
Pendahulu | Saidina Abu Bakar |
Pengganti | Saidina Uthman Affan |
Ayahanda | Al-Khattab bin Nufayl |
Ibunda | Hantamah binti Hisham ibn al-Mugheerah |
Saudara lelaki | Zayd ibn al-Khattab |
Saudara perempuan | Fatimah bint al-Khattab |
Isteri | • Zaynab bint Maz'un • Umm Kulthum bint Ali • Quraybah bint Abi Umayyah al-Makhzumi • Umm Hakim bint al-Harith ibn Hisham • Jamilah bint Thabit • Atikah bint Zayd ibn Amr ibn Nufayl • Luhyah • Fukayhah |
Anakanda lelaki | • `Abd Allah ibn `Umar • 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar • 'Ubaid Allah ibn 'Umar • Zayd ibn 'Umar • Asim ibn Umar • Iyaad ibn 'Umar • 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar • Abd ar-Rahman (Abu Shahmah) |
Anakanda perempuan | • Hafsa bint 'Umar • Fatima bint 'Umar • Zaynab bint 'Umar |
Keturunan | Farooqui |
Gelaran lain | Al-Farooq ("Pembanding diantara benar dan salah") Amir al-Mo`mineen ("Ketua orang-orang beriman") [2] |