Tiga Puluh Enam Pemandangan Gunung Fuji
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tiga Puluh Enam Pemandangan Gunung Fuji (富嶽三十六景code: ja is deprecated , Fugaku Sanjūrokkei) merupakan lukisan pemandangan ukiyo-e yang dihasilkan oleh Katsushika Hokusai (1760–1849). Siri lukisan ini menggambarkan Gunung Fuji dalam musim dan keadaan cuaca yang berbeza dari tempat dan jarak yang berbeza. Ia sebenarnya terdiri daripada 46 lukisan yang dihasilkan di antara tahun 1826 dan 1833. Sebanyak 36 lukisan yang pertama termasuk di dalam penerbitan asal dan kerana kepopularan tersebut, 10 lukisan lagi ditambah selepas penerbitan asal.[1]