Tanah Tinggi Cameron
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tanah Tinggi Cameron (bahasa Inggeris: Cameron Highlandscode: en is deprecated ) merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.[2]
Tanah Tinggi Cameron تانه تيڠݢي كيمرن Cameron Highlands | |
---|---|
Etimologi: William Cameron, seorang ahli geologi dan juruukur British | |
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude. | |
Koordinat: 4.5°N 101.5°E / 4.5; 101.5 | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Mula diterokai | 1885 |
Majlis Perbandaran | Jun 2022 |
Pusat | Tanah Rata Jelai |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua | Dato Zainal Abidin bin Md Amin |
Keluasan | |
• Jumlah | 712 km2 (275 batu persegi) |
Penduduk (2010)[1] | |
• Jumlah | 38,471 |
• Kepadatan | 54/km2 (140/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+08:00 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tiada |
Poskod | 39xxx |
Pendaftaran kenderaan | C, A |
Laman sesawang | www |
Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar).[3] Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.[4][5][6]