Tahil
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tahil (Jawi: تهيلcode: ms is deprecated , ejaan lama تاهل) ialah satu unit sukatan berat digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan 37.8 gram,[1] dan juga bermaksud jongkong tahil China (Cina: 両, liǎng dalam bahasa Mandarin, leung dalam bahasa Kantonis[2]), sebagai sebahagian sistem sukatan dan matawang China.
Terdapat pelbagai piawaian sukatan tahil bergantung pada setempat dan jenis dagangan. Secara amnya, tahil perak beratnya kira-kira 40 gram. Sukatan kerajaan yang paling kerap digunakan ialah tahil kùpíng (庫平code: zh is deprecated "perbendaharaan") yang beratnya kira-kira 37.3 gram. Satu lagi sukatan komersial yang sering digunakan, iaitu tahil cáopíng (漕平code: zh is deprecated ) terdiri daripada perak kurang tulen yang beratnya 36.7 gram.