TED (persidangan)
From Wikipedia, the free encyclopedia
TED Conferences LLC (Technology, Entertainment, Design) ialah pertubuhan media Amerika yang memposkan bual bicara dalam talian untuk edaran percuma di bawah cogan kata "ideas worth spreading". TED ialah hasil cetusan idea Richard Saul Wurman, yang mengasaskannya bersama Harry Marks pada Februari 1984[4] sebagai sebuah persidangan; ia telah diadakan secara tahunan sejak 1990.[5] Pemerhatian awal TED ialah teknologi dan rekaan, konsisten dengan asal-usul Silicon Valley. Sejak itu, ia telah memperluaskan topik perbicaraan berkaitan saintifik, kebudayaan, politik, kemanusiaan dan akademik.[6] Ia berada di bawah seliaan Chris Anderson, seorang ahli perniagaan British-Amerika, melalui Yayasan TED yang tidak berkeuntungan sejak 1 Julai 2019 (asalnya olah Yayasan Sapling).[1][7][8]
TED Conferences, LLC | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | ted |
Jenis perniagaan | LLC |
Jenis | Persidangan |
Tersedia dalam | Inggeris, sarikata pelbagai bahasa, transkrip |
Ditubuhkan | 23 Februari 1984; 40 tahun yang lalu (1984-02-23) |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Sapling (1984–2019) Yayasan TED (2019–kini)[1] |
Pengasas | Harry Marks[2] Richard Saul Wurman |
Kandungan dan sokongan | |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada |
|
Status terkini | Aktif |
Perangkaan | |
Jumlah hasil | ▲ AS$66.2 juta (2015)[3] |
Kedudukan Alexa | 931 (20 November 2017) 1,000 962 |
Lokasi | |
Ibu pejabat |
|
Kawasan diberi khidmat | Kanada Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Blog rasmi | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Persidangan utama TED telah diadakan secara tahunan di Vancouver, British Columbia, Kanada di Pusat Konvensyen Vancouver. Sebelum pada 2014, persidangan itu telah diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat.[9] Acara TED juga diadakan di serata Amerika Utara dan di Eropah, Asia, dan Afrika, menawarkan bual bicara penstriman secara langsung. Mereka mengetengahkan pelbagai topik berkaitan penyelidikan dan amalan saina dan budaya, lazimnya melalui penceritaan.[10] Para pengucap akan diberikan maksima 18 minit untuk membentangkan idea mereka dalam pelbagai cara yang paling inovatif.[11] Para pengucap termasuk Bill Clinton, Sean M. Carroll, Elon Musk, Ray Dalio, Cédric Villani, Stephen Hawking, Jane Goodall, Al Gore, Temple Grandin, Shahrukh Khan, Gordon Brown, David Cameron, Billy Graham, Richard Dawkins, Sam Harris, Bill Gates, Dolph Lundgren, Bob Weir, Shashi Tharoor, Bono, Larry Page dan Sergey Brin, Leana Wen, Pope Francis, Jeff Bezos, dan ramai penerima Hadiah Nobel.[12]
Video luar | |
---|---|
Jimmy Wales: The birth of Wikipedia, TED (conference), 2005[13] | |
Chris Anderson: A vision for TED, TED (conference), 2002[14] |
Sejak Jun 2006,[2] TED Talks telah ditawarkan untuk tontonan dalam talian secara percuma, di bawah lesen Attribution-NonCommercial-NoDerivative Creative Commons, melalui TED.com.[15] Setakat Disember 2020[kemas kini] sebanyak 3,500 TED Talks boleh didapati secara percuma di laman web ini.[16] Pada Jun 2011, TED Talks' mengumpulkan jumlah tontonan sebanyak 500 juta,[17] menjelang November 2012, TED Talks telah ditonton lebih satu bilion kali di seluruh dunia.[18] TED Talks diberikan oleh ahli akademik untuk ditonton secara dalam talian manakala video seni dan rekaan disasarkan untuk ditonton lebih daripada purata.[19]
TED Conferences LLC telah menukar pemilikan dari Sapling Foundation kepada TED Foundation pada 1 Julai 2019.[1]