Star Wars: The Force Awakens
From Wikipedia, the free encyclopedia
Star Wars: The Force Awakens (bahasa Melayu harfiah Perang Bintang: Kebangkitan Force) merupakan sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada bulan Disember 2015.
Star Wars: The Force Awakens | |
---|---|
Pengarah | J. J. Abrams |
Penulis |
|
Berdasarkan | Characters oleh George Lucas |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Daniel Mindel |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | John Williams |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 136 minutes[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $200 million[2][3] |
Star Wars: The Force Awakens ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah J. J. Abrams.
Filem ini merupakan filem Star Wars utama yang ketujuh, yang dibintangi oleh Harrison Ford, Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Peter Mayhew, dan Max von Sydow. Siri ketujuh ini dikeluarkan oleh Lucasfilm dan Bad Robot Productions. Filem ini diedarkan ke seluruh dunia oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, The Force Awakens berlatarbelakangkan lebih kurang 30 tahun selepas Return of the Jedi (1983). Kisahnya berkisar tentang perjuangan Rey, Finn, dan Poe Dameron bersama kumpulan Resistance, yang dipimpin oleh Rebel Alliance. Mereka menentang Kylo Ren dan First Order, yang merupakan pewaris Empayar Galaktik.