Saint Kitts dan Nevis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Persekutuan Saint Cristopher dan Nevis (bahasa Inggeris: Federation of Saint Christopher and Neviscode: en is deprecated [3] atau nama pendeknya Saint Kitts dan Nevis[4] ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada dua pulau dalam rantau Kepulauan Lindung Angin Hindia Barat. Ia negara berdaulat terkecil di Amerika daripada segi keluasan dan populasi.[5]
Persekutuan Saint Christopher dan Nevis1 Saint Christopher dan Nevis | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Country Above Self" | |||||
Lagu kebangsaan: "O Land of Beauty" | |||||
Ibu negara | Basseterre | ||||
Bandar terbesar | Ibu negara | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan | ||||
• Monarki | Raja Charles III | ||||
• Gabenor-Jeneral | Sir Tapley Seaton | ||||
• Perdana Menteri | Dr. Terrance Drew | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 261 km2 (101 bt2) (ke-207) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2021 | 47,606 (ke-213) | ||||
164/km2 (424.8/sq mi) (ke-64) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $1.758 bilion | ||||
$31,095[1] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $1.058 billion | ||||
$18,714[1] | |||||
HDI (2019) | ▲ 0.779[2] tinggi · 74th | ||||
Mata wang | Dolar Caribbean Timur ( XCD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +1-869 | ||||
Kod ISO 3166 | KN | ||||
DPT internet | .kn | ||||
|
Ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat adalah Basseterre yang terletak di bahagian pulau yang lebih besar iaitu Saint Kitts. Negeri yang lebih kecil iaitu Nevis terletak kira-kira 2 batu (3 km) ke tenggara Saint Kitts, di seberang terusan cetek yang dikenali sebagai "The Narrows".
Saint Kitts dan Nevis adalah di antara kepulauan Caribbean pertama yang diduduki oleh para peneroka Eropah. Saint Kitts menjadi rumah bagi koloni pertama Britain dan Perancis di Caribbean.