Rolex
pereka dan pengeluar jam tangan mewah Switzerland / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rolex SA (/ˈroʊlɛks/) ialah pengilang jam mewah Switzerland berpangkalan di Geneva, Switzerland.[3] Pada asalnya diasaskan sebagai Wilsdorf and Davis oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis di London, England pada 1905, syarikat ini mendaftarkan Rolex sebagai nama jenama jamnya pada 1908 dan menjadi Rolex Watch Co. Ltd. pada 1915.[4][5][6] Selepas Perang Dunia I, syarikat ini memindahkan pangkalan operasinya ke Geneva berikutan situasi ekonomi yang tidak dijangka di pasca perang Britain, dan pada 1920 Hans Wilsdorf mendaftarkan Montres Rolex SA di Geneva sebagai nama baru syarikat yang akhirnya menjadi Rolex SA pada tahun-tahun berikutnya.[3][5][7][8] Sejak 1960, syarikat itu telah dimiliki oleh Yayasan Hans Wilsdorf.[6][9][10]
Nama asli | Rolex |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Swasta |
Industri | Pembuatan jam mewah |
Ditubuhkan | London, United Kingdom (1905; 119 tahun yang lalu (1905)) (Wilsdorf and Davis) 1915 (Rolex Watch Co. Ltd) 1920 (Montres Rolex S.A.) |
Pengasas |
|
Ibu pejabat | Geneva, Switzerland |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Bertrand Gros (Pengerusi) Jean-Frédéric Dufour (CEO) |
Keluaran | Jam |
Hasil pengeluaran | 800,000 (2019)[1] |
Hasil | $5.2 bilion (2019)[1] |
Pemilik | Fondation Hans Wilsdorf |
Bilangan kakitangan | 4,000[2] |
Syarikat induk | Hans Wilsdorf foundation |
Anak syarikat | Montres Tudor SA |
Tapak web | rolex |
sunting · sunting di Wikidata |
Rolex SA dan anak syarikatnya Montres Tudor SA mereka bentuk, mengilang, mengedar dan menawarkan perkhidmatan menjual jam tangan di bawah jenama Rolex dan Tudor. Pada tahun 2018, Forbes menamakan Rolex sebagai jenama ke-71 paling berharga di dunia.[1] Sehingga Jun 2019, antara jam tangan paling mahal pernah dijual semasa lelongan 10 teratas di dunia, tiga daripadanya ialah Rolex. Misalnya, Rolex Daytona Paul Newman kini memegang gelaran jam tangan kedua paling mahal dan jam tangan paling mahal ketiga pernah dijual di lelongan, meningkat kepda 17.75 juta Dolar AS di New York pada 26 Oktober 2017.[11][12][13] Rolex ialah pengilang terbesar kronometer diperakui buatan Switzerland. Pada tahun 2005, lebih daripada separuh pengeluaran tahunan Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres (COSC) ialah jam keluaran Rolex.[14] Setakat ini, Rolex masih memegang rekod untuk pergerakan kronometer diperakui dalam kategori jam tangan.[10]