Rashida Jones
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rashida Leah Jones (/rəʃˈiːdə/;[1] lahir 25 Februari 1976)[2][3] ialah pelakon, penulis dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Ann Perkins di siri komedi NBC, Parks and Recreation (2009-2015).
Rashida Jones | |
---|---|
Kelahiran | Rashida Leah Jones (1976-02-25) 25 Februari 1976 (umur 48) Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | Universiti Harvard |
Pekerjaan | Pelakon, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1997–kini |
Rakan kongsi domestik | Mark Ronson (2002–2004) Ezra Koenig (2015–kini) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa | Quincy Jones Peggy Lipton |
Jones muncul sebagai Louisa Fenn dalam siri drama Fox, Boston Public (2000-2002) dan sebagai Karen Filippelli di siri komedi NBC, The Office (2006-2011). Dari tahun 2016 hingga 2019, Jones membintangi watak eponim utama dalam siri komedi TBS, Angie Tribeca.
Jones juga dikenali menerusi perannya dalam filem-filem seperti I Love You, Man (2009), The Social Network (2010), Our Idiot Brother (2011), The Muppets (2011), Celeste and Jesse Forever (2012), yang mana beliau turut menulis bersama dan Tag (2018). Jones juga ikut menulis cerita Toy Story 4 (2019).
Sebagai pembikin filem, beliau mengarahkan episod pertama Hot Girls Wanted, sebuah siri yang berfokus pada industri seks. Beliau juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dari siri ini. Pada tahun 2018, filem dokumentarinya Quincy, mengenai bapanya, Quincy Jones, ditayangkan di Netflix; memenangi Anugerah Grammy untuk Filem Muzik Terbaik pada tahun 2019.