R
huruf kelapan belas abjad Rumi / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat R (nyahkekaburan).
R ialah huruf Rumi moden yang ke-18. Penutur di Malaysia, Singapura dan Brunei cenderung menyebut huruf ini sebagai ar (IPA: [ɑr]) mengikut bahasa Inggeris manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai ér (IPA: [ɛr]) mengikut bahasa Belanda.
Cari r atau r dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...
Tutup
Ia melambangkan bunyi konsonan getaran gusi /r/ yang wujud dalam bahasa-bahasa Melayu baku Malaysia,[1] Brunei[2] dan Indonesia[3] pada suku kata awal dan tengah sesepatah perkataan; di hujung katanya pula dibunyikan dalam sebutan baku Indonesia dan Singapura tetapi gugur pada sebutan Malaysia dan Brunei.[4]