Putrajaya
pusat pentadbiran persekutuan di Malaysia; salah satu Wilayah Persekutuan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Putrajaya ataupun nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah ibu kota pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Putrajaya
Prang Besar / Air Hitam | |
---|---|
Wilayah Persekutuan Putrajaya ولايه ڤرسکوتوان ڤوتراجاي | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | ڤوتراجاي |
Cogan kata: Bandar raya Taman, Bandar raya Bestari | |
Koordinat: 2.9430952°N 101.699373°E / 2.9430952; 101.699373 | |
Negara | Malaysia |
Penubuhan | 19 Oktober 1995 |
Diberikan Wilayah Persekutuan | 1 Februari 2001 |
Pentadbiran | |
• Ditadbir oleh | Perbadanan Putrajaya |
• Pengerusi | Hasim Ismail |
Keluasan | |
• Jumlah | 49 km2 (19 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 109,202 |
• Kepadatan | 2,200/km2 (5,800/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Poskod | 62xxx |
Kod kawasan Telekom | +603-88 |
Kod ISO 3166 | MY-16 |
Min waktu suria | UTC+06:46:40 |
Nombor plat kenderaan | F |
Laman sesawang | www |
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parlimen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.
Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.