Puntianak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai mitologi hantu di nusantara. Untuk versi barat, sila lihat Puntianak (Dracula).
Puntianak, pontianak (Jawi: ڤونتيانق ) atau kuntilanak (Jawi: كونتيلانق ), ialah sejenis makhluk ghaib dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. [1]Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Fakta Segera Alam Ghaib, Pontianak ...
Tutup
Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah. [2]