Senarai presiden Indonesia
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden Republik Indonesia ialah jawatan politik tertinggi di Indonesia. Lembaga Kepresidenan Indonesia dibentuk pada tahun 1945 oleh Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI).
Presiden Republik Indonesia | |
---|---|
Jenis | rencana senarai Wikimedia |
Gelaran | Yang Amat Mulia |
Kediaman | Istana Merdeka, Jakarta |
Dilantik oleh | Pemilihan Umum Indonesia |
Tempoh jawatan | Setiap lima tahun diperbaharui pengkal sekali |
Penjawat sulung | Soekarno 18 Ogos 1945 |
Dibentuk | Perlembagaan Indonesia 18 Ogos 1945 |
Tapak web | Laman sesawang rasmi |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada tanggal 18 Ogos 1945, Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI), memilih Soekarno sebagai presiden Indonesia. Sebelum dilakukan pindaan terhadap Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, Presiden Indonesia dipilih oleh Majlis Musyawarah Rakyat. Setelah itu, dimulai pada pilihan raya umum tahun 2004, presiden dipilih langsung oleh rakyat menurut pindaan Undang-Undang Dasar 1945. Pilihan raya umum ini diselenggarakan oleh Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia.
Setakat ini sudah seramai tujuh orang yang menjadi Presiden Indonesia. Presiden terkini Indonesia ialah Joko Widodo.