Philip K. Dick
From Wikipedia, the free encyclopedia
Philip Kindred Dick (16 Disember 1928 – 2 Mac 1982) ialah seorang penulis cereka sains dari Amerika Syarikat. Penulisan beliau meneroka tema-tema falsafah, sosial dan politik melalui jalan cerita yang berpusatkan syarikat monopoli, alam-alam alternatif, pemerintah autoritarian dan tahap kesedaran diubah. Karya-karyanya mencerminkan minat peribadinya terhadap metafizik dan teologi di mana ia sering didasarkan pengalaman beliau menyentuh sifat realiti, identiti, penyalahgunaan dadah, skizofrenia dan pengalaman transendental.
Philip K. Dick | |
---|---|
Lahir | Philip Kindred Dick (1928-12-16)16 Disember 1928 Chicago, Illinois, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | Mac 2, 1982(1982-03-02) (umur 53) Santa Ana, California, Amerika Syarikat |
Nama pena |
|
Pekerjaan | Novelis, penulis cerpen, penulis esei |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Tempoh | 1952–1982 |
Genre | Cereka sains, cereka paranoia, cereka falsafah |
Pergerakan sastera | Pascamoden |
Karya terkenal |
|
Anak | 3 |
Tandatangan | |
Dick bukan sahaja telah menulis 44 buah novel yang telah diterbitkan, tetapi beliau Dick menulis kira-kira 121 cerita pendek yang kebanyakannya muncul dalam majalah fiksyen sains semasa hayatnya.[1] Beberapa buah filem telah dibuat daripada penyaduran karya-karyanya termasuk Blade Runner (1982), Total Recall (diadaptasikan pada tahun 1990 and 2012), Minority Report (2002), A Scanner Darkly (2006), and The Adjustment Bureau (2011). In 2005, majalah Time menyenaraikan Ubik dalam antara novel-novel bahasa Inggeris terunggul yang diterbitkan sejak tahun 1923.[2]