Pertempuran Quebec
pertempuran di antara tentera British dan Perancis berdekatan Bandar Quebec, Kanada / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Quebec (bahasa Inggeris: Battle of Quebeccode: en is deprecated , Perancis: Première bataille de Québeccode: fr is deprecated ), adalah suatu pertempuran penting dalam Perang Tujuh Tahun (dirujuk sebagai Perang Perancis dan India untuk menggambarkan teater Amerika Utara) yang bermula pada 13 September 1759, antara Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Great Britain melawan Tentera Darat Perancis merebut kekuasaan kota Quebec dengan penglibatan sebanyak 10,000 buah pasukan tentera. Pertempuran ini menjadi detik penentuan kedua-dua kuasa besar ini ke atas Perancis Baru, serta kemudiannya mempengaruhi pembentukan negara gabungan Kanada yang moden.
Battle of the Plains of Abraham | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Perancis dan Indian | |||||||||
Ukiran kayu 1797 berdasarkan lakaran gambaran keadaan sengit pertempuran ini dilakar adikung ketua pihak British. Hervey Smyth | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Templat:Country data Kerajaan Great Britain |
Templat:Country data Kerajaan Perancis
| ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
James Wolfe † Robert Monckton John Knox Charles Saunders George Townshend William Howe James Murray |
Montcalm † François Gaston de Lévis Antoine de Bougainville Duchambon de Vergor Michel de Langlade Roch de Ramezay | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
4,400 orang askar[1] |
1,900 orang askar 1,500 orang militia jajahan dan orang asli[2] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
58 orang terkorban 600 orang cedera[1] |
116 orang terkorban 600–1,200 orang cedera[2][3] |
Ia turut mendapat nama sebagai Pertempuran Dataran Abraham (bahasa Inggeris: Battle of the Plains of Abrahamcode: en is deprecated , Perancis: Bataille des Plaines d'Abrahamcode: fr is deprecated ) sempena kawasan di mana peperangan ini mula meletus di sebidang tanah besar milik Abraham Martin, seorang petani yang menetap di luar kota Quebec.