Pertempuran Austerlitz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Austerlitz (juga dikenali sebagai Pertempuran Tiga Maharaja) merupakan antara kemenangan Napoleon Bonaparte yang paling terkenal. Dalam pertempuran ini, Empayar Perancis berjaya mencapai kemangan muktamad atas Pakatan Ketiga. Pada 2 Disember 1805, tentera Perancis di bawah Napoleon mengalahkan tentera Rusia-Austria di bawah Tsar Alexander I, selepas pertempuran selama sembilan jam. Ia berlaku di padang berdekatan pekan Austerlitz di Empayar Austria (kini dikenali sebagai Slavkov u Brna di Republik Czech). Pertempuran ini sering dianggap sebagai contoh utama kepintaran taktikal Napoleon.
Pertempuran Austerlitz | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Pakatan Ketiga | |||||||
Napoléon di Pertempuran Austerlitz oleh François Gérard (Galerie des Batailles, Versailles). | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Perancis |
Empayar Rusia Empayar Austria | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Napoleon I |
Alexander I Francis II | ||||||
Kekuatan | |||||||
72,000[1] | 85,000[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
1,305 mati, 6,940 tercedera, 573 ditahan, 1 panji-panji terhilang[3] |
15,000 mati atau tercedera, 12,000 ditahan, 180 meriam terhilang, 50 panji-panji terhilang[3] |
Kemenangan Perancis di Austerlitz secara kekalnya menamatkan Pakatan Ketiga. Pada 26 Disember 1805, Perancis dan Austria menandatangani Perjanjian Pressburg, yang mengeluarkan Austria daripada Perang Pakatan Ketiga, menegaskan semula Perjanjian Campo Formio dan Lunéville, memaksa Austria menyerahkan wilayah kepada sekutu-sekutu Jerman Napoleon, serta mengenakan tanggung rugi sebanyak 40 juta franc ke atas Austria. Tentera Rusia dibenarkan pulang ke tanah air.
Akibat Pertempuran Austerlitz, Pergabungan Sungai Rhine, iaitu gabungan beberapa negeri Jerman, ditubuhkan sebagai negara penampan di antara Perancis dan Eropah Tengah. Pada 1806, Empayar Suci Rom dibubarkan apabila Francis II melepaskan gelaran Maharaja Suci Rom tetapi mengekalkan gelarannya sebagai Maharaja Austria. Namun, peristiwa-peristiwa tersebut gagal mengekalkan keamanan di Eropah. Kerisauan Prusia mengenai pengaruh Perancis yang semakin berkembang di Eropah Tengah mencetuskan Perang Pakatan Keempat pada 1806.