Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis (Jerman: Militärverwaltung in Belgien und Nordfrankreichcode: de is deprecated ) adalah pihak berkuasa pendudukan interim yang ditubuhkan semasa Perang Dunia II oleh Jerman Nazi yang meliputi Belgium sekarang dan wilayah-wilayah Perancis seperti Nord dan Pas-de-Calais.[1] Pentadbiran ini juga bertanggungjawab untuk mentadbir zone interdite, sejalur sempit wilayah yang melintasi sempadan utara dan timur Perancis.[2] Ia kekal wujud sehingga Julai 1944. Rancangan untuk memindahkan Belgium dari pentadbiran tentera ke pentadbiran awam telah dibangkitkan oleh pihak SS, dan Hitler bersetuju sehingga Musim Gugur 1942, apabila beliau menangguhkan rancangan itu buat sementara waktu tetapi akhirnya dibatalkan sehinggalah pendudukan Jerman berakhir.[3] Pihak SS telah mencadangkan samada Josef Terboven atau Ernst Kaltenbrunner sebagai Pesuruhjaya Reich pentadbiran awam.[4]
Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1940–1944 | |||||||||||
| |||||||||||
Status | Negara bawah pentadbiran tentera Jerman | ||||||||||
Ibu negara | Brussels | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman Belanda Perancis | ||||||||||
Panglima Tentera | |||||||||||
• 1940 | Gerd von Rundstedt | ||||||||||
• 1940–1944 | Alexander von Falkenhausen | ||||||||||
Pentadbir | |||||||||||
• 1940–1944 | Eggert Reeder | ||||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||||
• Didirikan | 1940 | ||||||||||
• Dibubarkan | 1944 | ||||||||||
Mata wang | Belgian franc | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Belgium Perancis |