Partai Demokrat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Demokrat (Indonesia: Partai Demokratcode: id is deprecated ) ialah sebuah parti politik di Indonesia. Ditubuhkan pada 9 September 2001 dan disahkan pada 27 Ogos 2003, parti ini buat pertama kali menyertai Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) pada tahun 2004 dan memenangi undi sebanyak 7.45% (8.455.225) dan mendapatkan 57 kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI). Dari hasil Pemilihan Umum Indonesia 2009, Parti Demokrat mendapatkan 148 kerusi (26,4%) di DPR RI, setelah mendapat 21.703.137 keseluruhan suara (20,4%). Parti Demokrat meraih suara terbanyak di banyak provinsi, hal yang pada PEMILU sebelumnya tidak terjadi, seperti di Aceh, DKI Jakarta, dan Jawa Barat. Pengerusi Parti Demokrat ialah Agus Harimurti Yudhoyono menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.
Parti Demokrat | |
---|---|
Pengerusi | Agus Harimurti Yudhoyono (dipertikaikan) |
Setiausaha agung | Teuku Riefky Harsa (dipertikaikan) |
Ketua Fraksi DPR | Edhie Baskoro Yudhoyono |
Ditubuhkan | 2001 |
Ibu pejabat | Jakarta |
Ideologi | Pancasila Sentrisme |
Laman sesawang | |
www.demokrat.or.id |
Pada Kongres V Parti Demokrat yang diadakan di Jakarta, 15 Mac 2020, Agus Harimurti Yudhoyono terpilih menjadi Pengerusi untuk tempoh 2020–2025.