From Wikipedia, the free encyclopedia
Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 10 Ogos 1978 di Bandung, Barat Jawa) merupakan anak sulung kepada Susilo Bambang Yudhoyono dan Kristiani Herawati.[1]
Agus Harimurti Yudhoyono | |
---|---|
Ketua Umum Parti Demokrat ke-5 | |
Memegang jawatan 15 Maret 2020 | |
Didahului oleh | Susilo Bambang Yudhoyono |
Butiran peribadi | |
Lahir | Bandung, Jawa Barat, Indonesia | 10 Ogos 1978
Pasangan | Annisa Pohan |
Anak-anak | Almira Tunggadewi Yudhoyono |
Hubungan | Susilo Bambang Yudhoyono (Bapa) Kristiani Herawati (Ibu) |
Alma mater | Akademi Militer (Indonesia) S. Rajaratnam School of International Studies (M.Sc.) Universiti Harvard (Sarjana Pentadbiran Awam) Institut Kerjasama Keselamatan Hemisfera Barat United States Army Command and General Staff College Universiti Webster (M.A.) |
Anugerah | Adhi Makayasa - Tri Sakti Wiratama 2000 |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Indonesia |
Perkhidmatan/cawangan | Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat |
Tahun perkhidmatan | 2000–2016 |
Pangkat | Mejar |
Unit | Infantri (Kostrad) |
Beliau tamat belajar di Sekolah Tinggi Taruna Nusantara pada tahun 1997 dan Akademi Militer pada tahun 2000. Beliau merupakan pemegang Pingat Adhi Makayasa (pelajar terbaik di Akademi Militer), sama seperti bapanya. Pada Julai 2006, Agus menamatkan pelajarnya dari Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik di Singapura, sebelum ke Universiti Harvard.[2] Pada September 2009, Susilo Bambang Yudhoyono telah memberi ucapan di Harvard Kennedy School dan berjenaka bahawa Agus menjadi "seorang lagi pelajar Harvard yang bekerja untuknya" selepas beberapa menteri dan jeneral tentera yang bekerja dengannya merupakan graduan Harvard.[3]
Agus mengahwini Annisa Pohan pada 8 Julai 2005.[4][5] Mereka dikurniakan anak pertama, Almira Tunggadewi Yudhoyono, pada 17 Ogos 2008.[6]
Selepas 16 tahun berkhidmat di dalam tentera, Agus meletakkan jawatan pada tahun 2016 dengan pangkat Mejar untuk menjadi calon Gabenor Jakarta bagi Demokrat dalam Pilihan Raya Gebenor Jakarta 2017,[7] dengan Sylviana Murni sebagai rakan gandingannya.[8] Beliau telah disokong oleh Partai Demokrasi, Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), dan Partai Amanat Nasional (PAN).[9] Beliau menduduki tempat ketiga dengan undian 17.06% di belakang Basuki Tjahaja Purnama dan Anies Baswedan.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.