Pakatan Rakyat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pakatan Rakyat (Jawi: ڤاكتن رعيةcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: People's Pactcode: en is deprecated ) merupakan satu perikatan parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat-Parti Tindakan Demokratik-Parti Islam Se-Malaysia (PKR-DAP-PAS)[1] yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia yang mula diumumkan pada 1 April 2008.[2] Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas beliau memenangi pilihan raya Permatang Pauh pada tahun 2008. Pakatan Rakyat menggantikan Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini.[3][4] Kewujudan pakatan ini dipertikaikan kerana DAP mengisytiharkan ia tidak lagi wujud pada 16 Jun 2015 kerana DAP tidak dapat bekerjasama dengan PAS. Namun, PAS pula menegaskan pakatan ini masih wujud tetapi hanya di antara PAS dan PKR. Pakatan ini dikatakan diganti dengan Pakatan Harapan.[5]
Pakatan Rakyat | |
---|---|
Ketua Umum | Anwar Ibrahim |
Ketua Pembangkang | Wan Azizah Wan Ismail |
Ditubuhkan | 11 April 2008; 16 tahun yang lalu (2008-04-11) |
Dibubarkan | 16 Julai 2015; 8 tahun yang lalu (2015-07-16) (Dalam pertikaian) |
Didahului oleh | Barisan Alternatif (BA) |
Digantikan oleh | Pakatan Harapan (PH) and Gagasan Sejahtera (GS) |
Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor (PKR) Kuala Lumpur (DAP, PAS) Kuching, Sarawak (SNAP) |
Keanggotaan (2014) | • 185,300 (PKR) • 76,850 (DAP) • 85,500 (PAS) • 25,000 (SNAP) (20 April 2010 – 7 Mei 2011) |
Ideologi | Islam Liberalisme sosial Demokrasi sosial, Negara kebajikan Negara Berkebajikan |
Dewan Negara Malaysia: | 8 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia: | 86 / 222
|
Dewan Undangan Negeri: | 239 / 576
|
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |