Orang Khmer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan orang Cam yang adakala sering dipanggil "orang Kemboja".
Orang Khmer (bahasa Khmer: ខ្មែរ, disebut /ˈkmɛər/ atau /kəˈmɛər/) adalah kelompok etnik utama di Kemboja, merangkumi kira-kira 90% dari 14.8 juta[1] penduduk di negara tersebut. Mereka bertutur Bahasa Khmer, iaitu sebahagian daripada bahasa rumpun bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara. Sebahagian besar orang Khmer beragama Buddha mengikut gaya khmer, suatu aliran yang mencampur adukkan mazhab-mazhab Buddha lain seperti Buddha Theravada, Hinduisme, animisme dan penyembahan nenek moyang.[5] Orang Khmer juga boleh ditemui di kawasan berhampiran Thailand (Khmer Utara) dan kawasan Delta Mekong yang bersempadan Vietnam (Khmer Krom).
Fakta Segera Kawasan ramai penduduk, Thailand ...
Fail:Khmer people.png | |
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Kemboja 14.2 juta[1] | |
Thailand | 1.4 Juta |
Vietnam | 1.3 Juta |
Amerika Syarikat | 241,025[2] |
Perancis | 68,000 |
Australia | 25,710[3] |
Kanada | 25,000 |
Malaysia | 11,381 |
New Zealand | 6,918[4] |
Laos | 4,000 |
Belgium | 3,000 |
Bahasa | |
Bahasa Khmer, Khmer Utara, Bahasa Perancis | |
Agama | |
Buddha Theravada | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Mon, Wa, dan rumpun etnik Mon-Khmer lain |
Tutup