Nickelback
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nickelback merupakan kugiran hard rock[4][5]/ post-grunge[6] Kanada yang pernah dicalonkan ke Anugerah Grammy yang diasaskan di Hanna, Alberta oleh Chad Kroeger, Mike Kroeger, Ryan Peake dan pemain dram ketika itu Brandon Kroeger (pemain dram kini Nickelback adalah Daniel Adair). Pancaragam ini merupakan salah satu kumpulan yang paling popular dalam genre post-grunge, bersama dengan kumpulan seperti 3 Doors Down dan Daughtry, membuat persembahan dalam gaya yang ternyata lebih mesra-radio berbanding era muzik grunge tradisional awal 1990-an. Walaupun pengasas kumpulan ini berasal dari Hanna, Alberta, sebuah pekan kecil timur dari Calgary, mereka kini bertapak di Vancouver, British Columbia, Kanada. Nama pancaragam ini berasal dari baki duit nikel yang selalu Mike Kroeger beri kepada pelanggannya semasa bekerja di Starbucks- dia akan kerap mengatakan, "Inilah baki nikel anda" (Here's your nickel back).[7]
Nickelback | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Hanna, Alberta, Kanada |
Genre | Hard rock Post-grunge[1] Alternative rock[2][3] |
Tahun aktif | 1995–kini |
Syarikat rakaman | Roadrunner, Atlantic |
Laman sesawang | www.nickelback.com |
Ahli | Chad Kroeger Ryan Peake Mike Kroeger Daniel Adair |
Bekas ahli | Ryan Vikedal Mitch Guindon Brandon Kroeger |
Kumpulan ini berlindung di bawah syarikat EMI di Kanada dan Roadrunner Records di negara-negara lain.