Ngozi Okonjo-Iweala
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ngozi Okonjo-Iweala (lahir 13 Jun 1954) ialah seorang pakar ekonomi dan ahli politik Nigeria. Beliau sebelum ini menduduki badan lembaga dalam pentadbiran syarikat-syarikat Standard Chartered Bank, Twitter, Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI) serta African Risk Capacity (ARC).[2] Beliau kemudiannya merupakan Menteri Kewangan serta Menteri Ehwal Luar Negeri di bawah kabinet-kabinet presiden Olusegun Obasanjo dan Goodluck Jonathan.
Fakta Segera Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia ke-7, Didahului oleh ...
Ngozi Okonjo-Iweala | |
---|---|
Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia ke-7 | |
Memegang jawatan 1 Mac 2021 | |
Didahului oleh | Roberto Azevêdo |
Menteri Kewangan Nigeria | |
Dalam jawatan 17 August 2011 – 29 May 2015 | |
Presiden | Goodluck Jonathan |
Didahului oleh | Olusegun Olutoyin Aganga |
Digantikan oleh | Kemi Adeosun |
Dalam jawatan 15 Julai 2003 – 21 Jun 2006 | |
Presiden | Olusegun Obasanjo |
Didahului oleh | Adamu Ciroma |
Digantikan oleh | Nenadi Usman |
Menteri Kerjasama Ekonomi Nigeria | |
Dalam jawatan 17 August 2011 – 29 May 2015 | |
Presiden | Goodluck Jonathan |
Didahului oleh | Olusegun Olutoyin Aganga |
Digantikan oleh | Position abolished |
Minister of Foreign Affairs | |
Dalam jawatan 21 Jun 2006 – 30 Ogos 2006 | |
Presiden | Olusegun Obasanjo |
Didahului oleh | Oluyemi Adeniji |
Digantikan oleh | Joy Ogwu |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1954 Ogwashi Ukwu, Nigeria |
Kewarganegaraan | Nigeria (1954–kini) Amerika Syarikat (2019–kini)[1] |
Pasangan | Ikemba Iweala |
Anak-anak | 4 orang termasuk Uzodinma Iweala |
Pendidikan | Harvard University (BA) Massachusetts Institute of Technology (MA, PhD) |
Tutup
Beliau berkerjaya dalam Bank Dunia selama 25 tahun dalam bidang ekonomi pembangunan. Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia pada 15 Februari 2021 yang pertama dalam kalangan wanita serta dari benua Afrika; beliau bakal berkhidmat pada 1 Mac tahun sama.[3][4]